Pertandingan Keselamatan Jalan Raya bagi Sekolah-sekolah Rendah Tutong I

Pada 14 mei 2009 yang lepas 3 orang murid dari Tahun 4 , 5 dan 6 telah mengikuti pertandingan Power Point mengenai Keselamatan Jalan Raya di Institute Pengajian Penanjong Garisson pada Jam 8.00 Pagi.

























Farewell dinner~ 9.5.2009

Guru-guru dan kakitangan sekolah telah mengadakan majlis perpisahan buat x-GB  Sekolah Rendah Bakiau iaitu Cikgu Hjh. Marinah binti Hj. Ghani. Majlis diadakan di restoran Season @7.00pm.

 
Ucapan daripada Guru Besar, Dk. Hjh Haidah binti Pg. Mahadar


 
Ucapan daripada Cikgu Hjh. Marinah binti Hj. Ghani


Penyampaian cenderahati kenangan daripada Sekolah Rendah Bakiau kepada Cikgu Hjh Marinah disampaikan oleh Guru Besar, Cikgu Dk. Hjh. Haidah.


Cikgu Hjh Marinah telah berpindah menjadi Guru Besar di Sekolah Rendah Keriam Tutong 1. Kami doakan semoga Cikgu Hajah akan berjaya menjadi seorang guru besar yang cemerlang. Diharapkan juga Cikgu Hajah tidak akan melupakan kami di Sekolah Rendah Bakiau ini. Kenangan bersama Cikgu Hajah tidak akan pernah kami lupakan.

Antara guru-guru dan kakitangan yang turut hadir di majlis perpisahan ini.

Cuci Tangan lagi... Pakai Sabun ~ 9.5.2009

Hari ini sekali lagi disampaikan taklimat cuci tangan oleh Cikgu Yulia. Taklimat ini diadakan bagi murid-murid Rendah atas iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Adalah diharapkan agar murid akan sentiasa menjaga kebersihan diri untuk menjamin kesihatan tubuh badan terhindar dari segala penyakit.




Taklimat Cuci Tangan ~ 02.05.2009

Taklimat Cuci Tangan menggunakan sabun telah disampaikan oleh Cikgu Yulia. Taklimat ini adalah bagi murid-murid pra dan rendah bawah. Tujuan taklimat ini adalah sebahagian daripada promosi kesihatan untuk memberitahu murid tentang kepentingan mencuci tangan menggunakan sabun. Taklimat diadakan di dalam Bilik ICT bermula jam 8.00 pagi selama lebih kurang 30 minit.